icon-search
icon-search

Yakinkan Pelanggan

Yakinkan Pelanggan
Pelanggan tidak akan berkira tentang harga jika mereka dapat kualiti produk yang dibeli dan mendapat manfaat dari belian tersebut. 

Sebagai usahawan anda perlu jelas 5 perkara ini sebelum meletakkan produk anda di pasaran.


1. Jenama (Brand)


  • Pastikan anda faham tentang jenama yang anda wujudkan. Jelas tentang visi, misi, identiti dan nilai yang ingin diketengahkan semasa membuat aktiviti pemasaran. 
  • Anda juga perlu kenal pasti apakah yang membuatkan jenama anda lebih menonjol dari pesaing. 
  • Wujudkan satu nama jenama yang mudah disebut dan diingat  serta pastikan boleh didaftarkan di MyIPO. (Dapatkan nasihat pakar untuk penjenamaan)

2. COGs (Cost of Good Sold

  • Kenal pasti Kos produk (bahan mentah,  pembungkusan,  pemasaran) 
  • Tetapkan harga jualan berdasarkan kos yang anda hadapi. (Kos anda yang ada premis dan pekerja pasti tidak sama dengan orang lain yang beroperasi dari rumah)
3. USP (Unique Selling Proposition

  • Anda perlu kenal pasti keunikan produk anda yang ingin ditonjolkan kepada pelanggan melalui packaging,  poster dll
  • Anda perlu nyatakan dengan jelas jaminan kualiti dan servis kepada pelanggan. 
Contoh:

Produk : Cendol 
USP     : 
- Rendah Lemak
- Rendah Kolestrol
- Menggunakan Santan Kelapa Sawit
- Manisan Gula Apong Asli
- Tanpa bahan pengawet
- Rasa Daun Pandan Asli

4) Value Proposition (Tawaran Nilai) 
  • Kenal pasti apakah tawaran nilai yang ingin dipersembahkan kepada pelanggan. 
  • Apakah manfaan yang pelanggan boleh perolehi dengan membeli produk anda. 
Contoh:
- Lebih sihat
- Dijamin Segar - Menggunakan bahan-bahan segar. 
- Dijamin Bersih - Proses pembuatan yang bersih. 
- Peralatan dicuci dengan air panas untuk proses nyah kuman. 
- Dijamin Halal oleh Jakim. 
- Bayar sekali tambah sampai kenyang. 
Dll

5. Pelanggan


  • Bukan semua produk sesuai untuk semua orang. " If you target everyone, you end up get no one"
  • Kenal pasti siapa pelanggan anda (Customer Persona/ Avatar) dari segi jantina,  umur,  pendapatan,  pekerjaan,  kegemaran dll
  • Anda perlu juga memahami tabiat pelanggan (Customer behaviour
  • Apa yang mereka beli,  bila,  bagaimana,  berapa,  untuk apa? 

Nota: 


Semua maklumat ini di atas perlu sampai kepada pelanggan ideal anda.

Apa mesej yang nak disampaikan kepada pelanggan dan bagaimana caranya? 


Sedikit panduan buat anda:

1) Apa yang nak disampaikan, apa matlamat anda? 
2) Kepada siapa nak disampaikan mesej ini?
3) Bila masa sesuai nak sampaikan mesej?  
4) Kenapa pelanggan perlu dapatkan produk anda? 
5) Apa platform yang akan digunakan untuk sampaikan mesej? 
6) Bagaimana cara pelanggan nak dapatkan produk anda? 

Saya beli produk Ayam Ayam Bismi Segar Halal Suci dan Tishas Food kerana saya jelas dengan apa yang mereka nak sampaikan dan saya dapat nikmati manfaat yang memudahkan tugasan saya sebagai seorang isteri dan ibu.


Ayam Bismi
Terima kasih mommy Mazlina Kamarudin MK 

1) Dijamin Halal Toyyiban (termasuk makanan ayam dan proses penyembelihan) 
2) Bersih 
3) Dah siap potong dan basuh
4) Mudah nak masak  hanya 'defrost' dah boleh terus masuk periuk
5) Tak perlu keluar rumah, ejen Bismi hantar terus ke pintu rumah pada bila-bila masa. 

You guys awesome!


1) Dijamin Halal Toyyiban (saya dah lawat kilang)
2) Packaging menarik dan menyelerakan
3) Pilihan produk sejuk beku yang pelbagai,  dari roti paratha, lempeng,  kuih muih melayu dan terbaru santan


Sesiapa yang nak dapatkan khidmat nasihat percuma dari saya tentang bisnes dan maklumat geran sila isi borang ini


Referral Code:
Coach Roszie Amir


Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.