icon-search
icon-search

Kursus Pensijilan UTM: Pengurusan Kos & Strategi Penetapan Harga (Edisi Sarawak)

Kursus Pensijilan UTM: Pengurusan Kos & Strategi Penetapan Harga (Edisi Sarawak)
Akhirnya Kursus Pengurusan Kos & Strategi Penetapan Harga yang telah diadakan di lima (5) kawasan Sarawak iaitu Limbang, Bintulu, Sri Aman, Betong dan Kapit telah selesai dengan jayanya. Kursus yang dianjurkan oleh KOBIS dengan sokongan daripada Sarawak Businesses Federation (SBF) dan Sarawak Entrepreneur Association (SEA) benar-benar mendapat maklum balas yang positif dari peserta di setiap kawasan.

Modul ini telah dibangunkan dan oleh Coach Hajah Roszie Amir dan beliau sebagai ketua tenaga pengajar, pihak Roszie Amir Training & Consultancy dan pihak KOBIS mendoakan kejayaan kesemua para usahawan dan peniaga yang telah menyertai kursus ini. Semoga ilmu yang dicurahkan akan dapat dipraktikkan dan dapat membantu meningkatkan kejayaan bisnes masing-masing.

Terima kasih kepada SBF dan SEA kerana sentiasa membantu dalam memastikan kejayaan kursus ini dapat dicapai.

Selamat maju jaya untuk semua!



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping