Cart 0

Jiwa Usahawan

Jiwa Usahawan
27 tahun lalu saya pun meniaga tepi jalan macam ni. Pagi saya kerja di Air Keroh Country Resort sebagai Eksekutif Jualan,  menguruskan event untuk pelanggan korporat. 


Malam saya meniaga Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Johor di Lorong Pandan, Melaka. 


Hujung Minggu pulak saya meniaga Jagung Kukus dan Ayam Goreng di Pantai Kelebang, Melaka. 


Kenapa buat semua ni sambil kerja, tak penat ke? 
Penat... Tak usah cakap... Tapi sebab minat dan tanggungjawab saya korbankan zaman remaja. 


Alhamdulillah syukur atas segalanya.  Pengalaman inilah yang menjadikan saya ke tahap ini. Tiada yang mustahil.  Yang penting rajin,  sentiasa belajar,  tak berhenti berdoa dan berharap serta istiqamah.

Salam Sayang ❤️

Top Icon_Gold-01 (1).png




Entrepreneur | Industrial Business Coach



Older post Newer post