icon-search
icon-search

Berkongsi Ilmu di Bulan Ramadhan

Berkongsi Ilmu di Bulan Ramadhan
REZEKI BERKONGSI ILMU DI BULAN RAMADHAN


Alhamdulillah sejak 10 tahun lalu saya dipertanggungjawabkan untuk membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada usahawan. Semuanya hadir dengan pelbagai cerita, masalah dan kebuntuan. Hampir 10 ribu usahawan kesemuanya.  Ada yang jualan RM10,000 ke bawah setahun... Ada yang jualan dah mencecah hampir RM50 Juta setahun.  

Ramai yang menganggap saya sebagai Puan Penasihat, Guru Bisnes, Cikgu,  Coach,  Mentor,  Bonda,  sahabat dan macam-macam lagi.  Walau apa pun gelaran dan panggilan usahawan kepada saya. Saya akan tetap bersama mereka berkongsi pengetahuan, pengalaman, network, maklumat dana perniagaan. Merapatkan jurang antara usahawan, agensi kerajaan dan institusi kewangan.


Alhamdulillah ada yang dah capai peninggatan sebanyak 200%, ada yang dah boleh automatekan bisnes, ada yang dah dapat geran sehingga RM500K,  ada yang dah dapat pinjaman RM3.5 Juta yang paling sikit loan mereka diluluskan sebanyak RM300 ribu.


Ramai yang dah dapat geran trademark,  geran sistem,  geran digital.  Ada jugak yang dapat geran latihan,  geran coaching dan subsidi upah gaji pekerja selama 6 bulan. Ada juga yang produk mereka dah tembusi pasaran China.


Semua yang berjaya dapat macam-macam ni bukan kerja saya,  ini semua adalah kerana usahawan berusaha,  tak henti belajar dan cepat ambil tindakan untuk bangkit dan maju.  Mereka tidak putus asa,  tidak merungut dan tidak cari salah orang lain.  Mereka berusaha untuk menjadi yang terbaik versi mereka sendiri.


Syukur  inilah juga cara yang Allah lorongkan untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan rezeki dengan insan lain. Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang semua..❤️


Join program PERCUMA!


Virtual Advisory Clinic for Retail and F&B Business


Mohon Geran Halal dan Mesti 


Join Consultation Percuma bersama Coach Roszie Amir 

278011652_4975079825863036_9138166072571603556_n.jpg

278009855_4975079175863101_2355246786533291787_n.jpg

278046721_4975079965863022_8739157894585151890_n.jpg

278033100_4975079429196409_6216103693626757138_n.jpg

278057991_4975079302529755_7435328222124084448_n (1).jpg



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping